BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Boleh ikut kalau suka

Menghitung Hari

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 23, 2012

Bakal Anak Buah

Lately Mr. Someone dok survey baju baby untuk anak buah dia yang bakal lahir mungkin 1 Jun ni. Tadi pun sempat singgah kat kiosk yang jual baju baby yang comel-comel. Dulu buat-buat tak kisah. Aku yang beria-ia. Sekarang dia pulak yang dok cuci mata tengok-tengok barang baby.



Untuk Bakal Anak Buah


P/s: Cuti ni Mr. Someone jadi pak cik.. Nanti mesti lagi 'panas' bila weekend di Penang sebab dah ada 'buah hati' baru.

Monday, May 21, 2012

Merungut tentang sesungut

Sebelum aku merungut tentang sesungut dengan lebih panjang lebar, aku just nak meluah perasaan dulu. Ceh, merungut tu pun salah satu cara meluah perasaan jugak.

1) aku dah hilang minat nak menulis blog. Sebabnya... ada someone yang aku tahu akan baca blog ni dan seriously aku harap dia tak baca blog picisan ni. Takde faedah pun dik oi... Bila aku mengenangkan someone tu, terus aku tekan icon (x) kat penjuru kanan screen ni. Segan sungguh la! (segan dua-dua makna.. utara dan selatan)

2) aku ada exam paper Action Research hari Khamis ni. Tapi aku tak stadi lagi. Hampeh betul!

3) aku pelik dengan maktab ni. Bayangkan ~ (ada awan2 atas kepala)... aku dah duduk maktab ni 5 tahun. Bilik ni memang dah penuh dengan barang. Peraturan baru kata, Sila Kososngkan Bilik Anda Sepenuhnya. Barang-barang boleh letak dalam bilik tv. Kau tahu bilik tv tu besar mana? Hm.. aku belum sempat ukur lagi. kau tahu penghuni blok ni ramai mana? Satu bilik 2 orang, ada 4 aras. Setiap aras ada 16 bilik. Kau kira! Belum masuk lagi GSTT yang duduk satu dorm dalam surau blok. Pengurusan ingat muat ke nak letak barang semua dalam bilik tv tu? Sebelum ni pun bilik tv tu memang untuk budak-budak aras ground floor je. Teruk! Dah la duduk atas tak tahu masalah orang bawahan macam kitorang ni lepas tu senang-senang keluarkan arahan. Cakap pasal pengurusan ni memang sakit hati betul. Malas la fikir.

Back to main topic. Sesungut.

Senggugut sebenarnya.. or menstrual pain. Ada perempuan beruntung, tak sakit pun time datang bulan. Aku antara yang bertuah la... aku tak beruntung tapi bertuah. 2 hari pertama datang bulan gerenti aku tersadai atas katil. Kalau aku jalan pun orang nampak aku macam perempuan lepas bersalin dalam pantang. Pernah nampak? Macam tu la aku jalan. Kalau first day, aku boleh jalan tapi nanti aku stop. Jalan lagi. dua tiga langkah, aku stop. Baik aku duk atas katil diam-diam. Tido.

Seingat aku masa baru-baru datang dulu tak sakit macam ni. Dah tua-tua ni makin sakit pulak. 2,3 bulan ni naik sampai 3 hari baru reda. Benda ni orang yang rasa sakit tu je faham sakitnya. Dalam kelas memang aku ada geng sakit ni so kalau bulan tengah mengambang memang geng sakit ni akan cover untuk kedatangan. Orang yang tak sakit tapi tipu sakit ni sebab nak ponteng kelas, orang tu memang bodoh. Allah bagi kau sakit ni baru padan muka kau.

Mak ajar bila sakit tuam bahagian bawah pusat dengan botol panas. Botol tu isi dengan air panas. Dulu aku memang buat la. Tapi leceh. Kau tengah sakit ada masa lagi ke nak gi masak air segala. Takda maknanya. Selalu memang aku telan panadol pastu tido. Tapi orang kata panadol ni kalau biasakan tak elok. Kalau sakit memang kena amek sampai 3 kali. Setiap bulan pulak tu. Memikirkan nanti bersalin mungkin aku akan perlukan pain killer, aku amek keputusan untuk berhenti amek panadol bila datang bulan. Takut bila tiba masa nanti pain killer pun da tak bagi efek kat badan aku sebab kerap sangat amek ubat.

So, aku pakai ni sekarang:


Memang berbahang la pakai ni. Kalau tak sakit saja-saja sapu kat kulit memang aku tak tahan. Panas. Bila sakit memang aku sapu ni kat perut, lutut dan pinggang sebab semua rasa sengal nak tercabut. Bila dah rasa panas aku fokus kat rasa bahang tu so otak ni kurang fokus kat sakit senggugut tu. Senggugur masa praktikum memang aku bau lotion ni sebab setiap sejam aku akan gi toilet sapu lotion ni untuk panas.


Ni bantal panas. Ganti tungku. Benda ni boleh pakai kat bilik je sebab aku guna masa baring. Memang membantu la. Ni bantal panas kedua sebab bantal panas pertama aku rosak. Tak boleh charge. Benda ni lagi senang berbanding air panas dalam botol. Tahan panas lebih sejam.

Pada aku dua benda ni memang diperlukan setiap bulan. Bantal panas ni bagus gak untuk sakit or muscle pain sebab sukan. Berbaloi la beli. Setiap bulan memang aku guna bantal ni dua hari. Hari-hari lain bantal ni duduk dalam almari je.

Penggunaan dua benda ni seriously tak menghilangkan rasa sakit mestrual pain tu. Tak hilang pun... tapi membantu aku untuk lalui sakit tu dengan usaha yang terdaya. Kuranglah sikit sakit tu berbanding tak usaha apa-apa. Gerenti berguling-guling sambil nangis macam dulu-dulu.

Mak kata kalau ikut dia, lepas kahwin hilanglah sakit ni.
Buat masa ni sabar je la dulu...

Bak kata geng yang sakit sama:
Menunggu setiap bulan untuk hadapi sakit ni agak mengerikan.


Banyak lagi nak tulis tapi sambung lain kali je la...


Monday, May 14, 2012

Celoteh rawak

Malam ni hujan lebat. Bila hujan tengah-tengah malam macam ni maka eloklah kita tidur. Walaupun lusa sudah mula exam, eloklah tidur didahulukan kerana tidur yang cukup membantu otak bekerja. Haha.


Aku rasa sem ni paling teruk. Lusa nak exam aku still main-main lagi. Study sikit-sikit. Malaslahhhhh!!! Nak ubat rajin. Meh bagi sape yang ada ubat rajin.


Semalam Hari Ibu.. Hari-hari pun hari ibu sebenarnya... so bersempena dengan hari-hari hari ibu, aku pun belikan buku masakan untuk emak. Mak is the best cook ever! Sempat lagi aku pesan kat mak, 3 minggu cuti boleh la mak masak satu hari satu jenis lauk baru untuk aku.


Sem depan mesti ada dinner sebab final sem kan.. so nak mintak mak buatkan baju la untuk gi dinner. Aku ni budak kampung. Mana ada baju cantik2 nak gi dinner bagai ni. My mak is the best tailor in the world (sebab free.. haha). Seriously, my mak jahit baju cantik-cantik belaka. Aku tak pernah lagi beli baju kurung kat kedai. Semua my mak jahit. Tak caya sudah.



Apa aku nak cerita lagi? Tetiba plak lupa...



Oh, posting!


Aku mintak Perak, Selangor, Penang. Pilihan pertama memang mudah. Aku memang nak blik negeri sendiri. Selangor in case Perak penuh, at least aku ada sedara mara belah abah kat sana. Penang last choice sebab aku rasa Penang lagi dekat dan aku dah duk Penang since 2007. Harap-harap tak dapat belah pulau. Tak sanggup menghadapi jem. Kos hidup tinggi. Hopefully dapat posting dekat dengan Mr. Someone supaya mudah nak uruskan hal selanjutnya.. Semoga batch tahun ni semua dapat semenanjung. Amin~




Kejap rasa nak kawen. Kejap rasa takmo lagi. Konfius dengan diri sendiri.

Saturday, May 12, 2012

Exam lagi.

Minggu menjelang exam datang lagi.
Boleh tak kalau nak belajar je tapi taknak exam.
(^_^)



Dah 2 kali aku meloya bila beli air kat kafe.

1. Bila bangla buat air tu selamber gila korek telinga masa tengah cedok air masuk plastik. Kembang tekak aku.

2. Bangla lain pulak cedok air masuk plastik tapi tercurh atas tangan sendiri. Maka 'air tangan' beliau pun masuk ke dalam tong air sirap tersebut. Adoi!!!! Pengotor betul! Last2 melayang RM1.20 aku. Air tak minum aku layan air masak sendiri je. Hampeh punya bangla. Nak kerja tapi wat sambil lewa. Bab-bab makanan ni kena la prihatin sikit. Dalam hati nak je cakap "Jangan la basuh tangan dalam tong air tu!!!!"


Boikot air cedok kafe! Pengotor!

Monday, April 23, 2012

Jadi cikgu kena sabar


Anak-anak didik tersayang.


Lately aku mudah naik angin dengan mereka. Sebabnya... aku ajar bahagi dah masuk 6 jam (dalam 2 minggu dah). Ada yang tak boleh lagi.


Setiap kali balik aku akan reflek balik apa yang aku dah buat dan apa yang patut aku buat.

Aku geram dengan budak-budak yang tak faham-faham apa yang aku ajar.
Aku dah tunjuk jalan kerja pun tak boleh lagi. Bukan tunjuk sekali tapi dah berkali-kali.


Hari ni aku sekali lagi hilang kawalan.
Aku betul-betul hilang sabar.
Aku pesan supaya mereka balik belajar. Jangan harap apa yang aku ajar semata-mata. Jangan harap kerja rumah yang aku bagi sahaja.
Inisiatif sendiri, pergi buat ulang kaji.

Then aku tersedar. Masa drive balik hari ni aku reflek balik diri sendiri.
Aku bukan dalam kalangan budak yang pintar cerdas.
Aku sendiri pernah gagal math masa umur yang sama dengan anak murid aku sekarang.
Masa matrik aku dilabel pelajar lemah matematik.
Murid-murid aku sedang hadapi apa yang aku lalui dulu.

DIFFICULTIES.

Susah nak faham.
Aku marah kenapa orang lain boleh faham tapi kenapa ada yang tak boleh faham.
Sebenarnya aku kecewa dengan diri sendiri tapi aku salahkan mereka sebab tak dapat apa yang aku ajar.

Aku reflek balik.
Kemampuan manusia menerima input berbeza-beza.
Aku patut lebih sabar.
Esok bawa azam baru.
Aku masih ajar tajuk yang sama.
Bahagi.
Antara yang susah sebab penulisan algoritma yang berbeza.
Tambah-tambah tahun ni pertama kali mereka belajar konsep bahagi.

Semoga aku terus sabar.
Semoga mereka tak jemu belajar.

Sunday, April 22, 2012

Tak dapat 'A'

Praktikum tinggal seminggu lagi. Yeay! Macam-macam dah jadi dalam masa sebulan ni. Sayangnya memang aku takkan dapat A. Sebab? Guru pembimbing major taknak bagi A. Puas pensyarah aku pujuk. Takpelah. Aku anggap takde rezeki. Memang dari awal aku jejak kaki kat sekolah ni guru pembimbing dah cakap yang dia takkan bagi A dekat aku. Kenapa? Dia taknak aku kena selia rentas if cemerlang. Aku pun dah pening pasal selia rentas ni. Ada yang kata selia rentas dah tak wujud. Ada yang kata still wujud. Tak faham la.

Aku agak terkilan jugak sebab dalam 4 observation tu markah aku meningkat.. dari skala 2,3 ke skala 3,4 and final observation aku dapat skala 4,5. Mostly 5 sebab 4 aku dapat untuk 2 tempat saja. Lecturer pun cakap kalau skala ni patut dapat A. Tapi... apa nak buat... ada manusia yang mulut manis di depan. Cakap takde masalah. Bimbingan klinikal tak bagi pun. Hanya menyelia. Dia tak pernag pun bagi idea macam lecturer aku. Orang-orang macam ni patut jangan bagi jadi guru pembimbing. Bagi je mereka jadi 'guru penilai'. Banyak bezanya antara 2 tugas tu. Apa-apa pun aku memang tabik ngan pensyarah major sebab tak pernah gagal memberi ideabaru dalam P&P. Lagipun ni semester terakhir untuk praktikum dan penyeliaan. HAPPY!!

Siapa kata kerja guru hanya mengajar???

Sunday, April 1, 2012

Cuti Rehat

Minggu ni berjaya menyelamatkan diri dari Latihan Dalam Perkhidmatan. Haha.. Bukan suka-suka tak nak datang tapi takde orang yang maklumkan dari awal pun. hehe... agak hepi lah kan. Kalau nama naik memang kena pergi tapi nama tak naik.. maka... haha. Tak payah buat rajin!

Cuti ni naik Bukit Bendera lagi. 
Mula-mula best sampai in the middle, something happened. Hilang terus mood. Benci betul kalau tengah2 hepi tetiba mood rosak. Dah la jenis payah nak sejuk. So, seronok sekerat jalan jela. Sampai turun bawak hati yang sakit. Sayang betul.. cuaca sangat elok masa tu. Dari atas memang nampak Jambatan Pulau Pinang. Disebabkan ada student card, dapat diskaun so perjalanan turun naik RM4 je. 


Orang dah merajuk so tinggal gambar takde orang.
Nasib baik lepas tu mood okay sebab dapat tengok akuarium ikan yang besar sangat. Ada kedai akuarium in the middle of Georgetown. Dekat-dekat dengan jalan nak pergi sekolah hari-hari. Best. Lain kali boleh bawak mak ngan adik2 datang sini. Rasa macam pergi zoo je. Rasanya kalau bagi 5 jam pun boleh duduk tengok akuarium besar tu.. ikan dia pun sangattttt besar! Nak pegi lagi lain kali.